Warga emas maut dilanggar pendatang Yahudi

BEIT LAHM, 24 Feb 2016 (IMEMC) — Seorang wanita warga emas maut dan anak perempuannya cedera dilanggar lari oleh kereta yang dipandu laju oleh seorang pendatang Yahudi di perkampungan Fashael di selatan daerah Jericho malam tadi.

Zainab Rashayda, 60 tahun, dan anak perempuannya Fatima Abed Yassin, 30 tahun, dikejarkan ke hospital kerajaan di Jericho menggunakan sebuah ambulan Bulan Sabit Merah Palestin.

Pihak polis Palestin dilaporkan tidak dapat menjalankan siasatan ke atas kes langgar lari tersebut kerana kawasan terbabit dikawal sepenuhnya oleh tentera penjajah Zionis.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts