Warga Jordan dibunuh di al-Quds

AL-QUDS, 14 Mei 2017 (PIC) — Seorang warga negara Jordan, Mohammed Abdullah al-Kasaji, 57, dibunuh di Kota Lama al-Quds tengahari semalam apabila beliau menikam seorang anggota polis Zionis.

Mohammed dilaporkan menikam seorang anggota polis yang terkenal dengan tindakan mengganggu dan menyerang wanita Palestin yang menuju ke Masjid al-Aqsa. Beliau kemudian ditembak dan dibiarkan berdarah tanpa sebarang bantuan. Paramedik Zionis hanya memberi bantuan kepada polis yang tercedera ditikam, sebelum dikejarkan ke Hospital Shaare Zedek.

Mohammed yang tiba di al-Quds seminggu lalu dengan menggunakan visa pelawat merupakan warga Jordan yang kedua dibunuh oleh pihak keselamatan Zionis sejak tercetusnya Intifadah al-Quds pada bulan Oktober 2015. Mangsa pertama, Sa’eed al-Amr, dibunuh berdekatan pintu masuk Masjid al-Aqsa pada bulan September 2016.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts