Ringkasan

Warga Olympia, Amerika Boikot Produk Israel

Pada pertengahan Julai lepas, Lembaga Pengarah dari Perusahaan Makanan Olympia di salah sebuah daerah di Washington memutuskan bahawa tidak ada produk Israel yang akan akan dijual di dua kedai runcit di bandar tersebut.

Rob Richards, salah seorang ahli lembaga tersebut mengatakan, “Pada Rabu lalu para ahli lembaga ┬ádan sekumpulan aktivis sekitar 40 orang telah berkumpul dan berbincang bagi melaksanakan projek boikot tersebut.

Richards selanjutnya berkata “Pada peringkat awal ahli lembaga merasa bimbang projek tersebut akan memberi kesan kepada kewangan organisasi, namun setelah dikaji kesannya minima. Justeru kami memutuskan untuk melaksanakan boikot tersebut yang mulai berlaku pada hari berikutnya. ”

Olympia adalah kampung halaman bagi aktivis Gerakan Solidariti Antarabangsa Rachel Corrie yang mati tujuh tahun yang lalu di Gaza, setelah sebuah bulldozer melanggarnya saat beliau berusaha menghalang kemusnahan rumah Palestin oleh tentera Israel. PNN

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts