Ringkasan

Warga Palestin Cedera Ditembak Di Qalqiliya

qalqiliyaQALQILIYA, 2 Sep 2014 (Ma’an) — Tentera Zionis menembak dan mencederakan seorang dua lelaki Palestin berdekatan sebuah sekatan di Qalqiliya hari ini.

Dalam kejadian tersebut, tentera Zionis menembak ke arah sebuah kenderaan yang membawa pekerja Palestin di sekatan Eyal, sekaligus menyebabkan pemandunya cedera parah. Pemandu berkenaan tidak dapat mengawal kenderaannya dan melanggar tebing jalan. Beliau kini dirawat di sebuah pusat perubatan di Kfar Saba dalam keadaan kritikal.

Seorang lagi penumpang kenderaan ditembak di bahagian kakinya dalam insiden tersebut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts