Warga Palestin di Lubnan diseru derma darah untuk bantu mangsa letupan

BEIRUT, 5 Ogos 2020 — Wakil Hamas di Lubnan, Dr. Ahmad Abdul Hadi, menyeru semua warga Palestin di kem-kem pelarian di Lubnan supaya tampil menderma darah bagi membantu mangsa-mangsa letupan besar petang semalam.

Sekurang-kurangnya 70 orang terkorban dan lebih 4,000 yang lain tercedera dalam letupan di sebuah gudang di pelabuhan Beirut.

Letupan dipercayai berpunca dari 2,750 tan ammonium nitrat yang disimpan sejak enam tahun lalu. Ia dapat didengar sehingga 240 km di kepulauan Cyprus di timur Mediterranean. Semua bangunan berdekatan dilaporkan musnah dan pelabuhan Beirut tidak dapat beroperasi.

(Palinfo, BBC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts