Warga Tua Palestin Ditembak Mati, Pemuda Palestin Ditangkap oleh Tentera Israel

Sumber-sumber Palestin mengatakan pada Isnin (10/1) bahawa seorang petani Gaza berusia 65 tahun telah ditembak mati oleh tentera Israel berhampiran sempadan dengan Israel, demikian laporan radio tentera melaporkan.

Radio tersebut melaporkan bahawa insiden tersebut terjadi berhampiran Beit Hanun di Jalur Gaza utara, dua kilometer dari sempadan Erez persimpangan dengan Israel. Pasukan tentera israel masih tidak memberi sebarang respon pada saat laporan dikeluarkan.

Adham Abu Salmiya, jurucakap untuk perkhidmatan perubatan, mengatakan bahawa Sya’ban Qarmut, 65, telah diembak dengan tiga peluru di dada oleh tentera Yahudi Israel. Beliau mengatakan bahawa Qarmut sedang berkebun di ladangnya di utara kota Beit Hanun ketika beliau ditembak dan telah syahid di serta merta.

Sementara itu, satu sumber tempatan melaporkan bahawa tentera Israel telah menangkap dan menculik seorang pemuda Palestin berusia 17 tahun di Kota Hebron pada Sabtu malam. Saksi tempatan mengatakan bahawa pemuda itu dikenalpasti sebagai Fakhri Salayma, 17, telah dibawa oleh tentera Israel dari rumahnya tanpa diberi alasan atas penahanannya.

Beberapa hari yang lalu, pasukan Israel menyerbu Hebron dan membunuh seorang lelaki tua yang sedang tidur di katil, mereka pada awalnya mensasarkan anak lelaki tua tersebut tetapi telah tersilap sasaran. Pembunuhan tersebut telah melanggar undang-undang antarabangsa, tetapi bagi tentera Israel ianya adalah perkara biasa. (imc/hac/pic)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts