WFP potong bantuan untuk Palestin

BAITULMAQDIS, 14 Jan 2019 — World Food Programme (WFP) telah mula menggantung atau memotong bantuan kepada penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza sejak 1 Januari lalu, kerana kekurangan dana.

Menurut kenyataan Pengarah WFP bagi wilayah Palestin, Stephen Kearney, semalam menyebut bahawa sekitar 27,000 penduduk Palestin tidak lagi mendapat bantuan sama sekali manakala 165,000 yang lain, termasuk 110,000 di Gaza, hanya menerima 80% daripada bantuan sebelumnya.

Pada tahun 2018, badan PBB itu membantu 250,000 penduduk Palestin di Gaza dan 110,000 lagi di Tebing Barat.

Bantuan melalui WFP semakin berkurang sejak empat tahun lalu, apabila Amerika memotong sebahagian besar dari bantuan tahunannya. WFP melancarkan kempen rayuan dana pada 19 Disember lalu, dan mendapat dana tambahan dari Kesatuan Eropah dan Switzerland, namun masih tidak dapat menampung keperluan sebanyak $US57 juta.

Kearney memberi amaran pemotongan bantuan tersebut akan memberi kesan kepada ekonomi Palestin, kerana penerima bantuan menggunakan kad bagi membeli keperluan dari kedai-kedai sekitar.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts