WHO: 54 pesakit Gaza meninggal dunia menunggu surat rujukan perubatan

GAZA, 7 Feb 2018 — Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dalam laporan bulanan bagi Disember 2017 mendedahkan bahawa seramai 54 pesakit Gaza meninggal dunia ketika menunggu surat rujukan perubatan untuk mendapatkan rawatan di luar wilayah terkepung itu.

Seramai 85% daripada bilangan tersebut adalah pesakit barah.

Tahun 2017 mencatatkan kadar kelulusan mendapatkan surat rujukan paling rendah sejak WHO mula memantaunya secara aktif pada tahun 2008.

Sepanjang bulan Disember lalu, sebanyak 2,170 permohonan mendapatkan permit keselamatan dari rejim Zionis untuk dirawat di luar Gaza telah dibuat. Sebanyak 52.4% diluluskan dan 2.6% ditolak, manakala 45% ditangguhkan sehingga melepasi tarikh temujanji rawatan.

Laporan tersebut turut mendedahkan seramai 11 pesakit, iaitu tujuh lelaki dan empat wanita, diinterogasi oleh pasukan perisikan Zionis di pintu lintasan Beit Hanoun (Erez).

Sementara di sempadan Mesir, pintu lintasan Rafah hanya dibuka selama empat hari sepanjang bulan Disember di mana 183 pesakit berjaya keluar untuk mendapatkan rawatan. Tiada bantuan perubatan dibenarkan masuk ke Gaza sepanjang tempoh tersebut.

(IMEMC, PNN, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts