Yahudi cipta mainan gasing untuk lalaikan kanak-kanak Palestin

LONDON, 10 Mei 2017 (MEMO) — Seorang Yahudi Amerika, Catherine Hettinger, mencipta sejenis gasing mainan yang dinamakan “Fidget Spinner” untuk melalaikan kanak-kanak Palestin dan menghentikan mereka daripada membaling batu ke arah tentera Zionis.

Dalam temubual bersama majalah Time, Hettinger menjelaskan bahawa beliau ingin supaya kanak-kanak Palestin menghabiskan masa dengan mainan ciptaannya itu dan tidak lagi bertempur dengan tentera Zionis.

Mainan itu dikatakan dapat menenangkan saraf dan mengurangkan tekanan. Namun Hettinger dikritik kerana cuba memperlekeh isu penjajahan ke atas wilayah Palestin yang menjadi punca pertempuran kanak-kanak Palestin dengan tentera Zionis.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts