Yahudi cuba kuasai kawasan timur al-Aqsa sama seperti mereka rampas Tembok Barat

KOTA BAITULMAQDIS, 10 Ogos 2020 — Aktivis Khadija Khuwais mendakwa pendatang Yahudi mula mengambil langkah mengawal kawasan timur Masjid al-Aqsa, sama seperti taktik yang mereka lakukan untuk menguasai Tembok Barat pada beberapa kurun lalu.

Khadija, yang juga seorang guru di sebuah sekolah di Masjid al-Aqsa, dalam kenyataan medianya menyebut, “Apa yang sedang berlaku di kawasan timur [perkarangan Masjid al-Aqsa] sekarang adalah sama dengan apa yang mereka telah lakukan di Tembok Buraq [Tembok Barat Masjid al-Aqsa] 100 tahun lalu, bila mereka duduk dan meratap di situ serta membawa kitab-kitab dan gulungan kertas berdekatan tembok.”

Menurut Khadija, rentetan peristiwa di Masjid al-Aqsa memberi indikasi rancangan rejim Zionis utuk mengawal kawasan timur masjid dan kemudian mendakwa ia sebagai kawasan milik Yahudi.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts