Yahudi Rancang Pencerobohan Besar-Besaran Ke Atas Al-Aqsa

AL-QUDS, 5 Okt 2015 (PIC) — Kumpulan pelampau Temple Mount Group menggesa pendatang Yahudi meneruskan pencerobohan secara besar-besaran ke dalam Masjid Al-Aqsa sehingga Khamis ini, sungguhpun musim perayaan mereka sudahpun tamat.

Tindakan kumpulan tersebut dilihat sebagai sebahagian daripada komplot mereka untuk memaksa pembahagian ke atas masjid ketiga paling suci bagi umat Islam itu mengikut masa dan kawasan tertentu di antara orang Islam dan kaum Yahudi.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, pelampau Yahudi telah meningkatkan pencerobohan provokatif mereka ke dalam perkarangan al-Aqsa dengan dikawal dan dilindungi oleh polis Zionis, sehingga menimbulkan suasana tegang di seluruh Al-Quds dan wilayah Tebing Barat.

Temple Mount Group merupakan kumpulan pelampau berhaluan kanan yang ditubuhkan oleh bekas tentera Zionis pada tahun 1967. Mereka memperjuangkan agenda untuk membina kuil Yahudi di perkarangan Masjid Al-Aqsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts