Yehuda Glick ceroboh Masjid al-Aqsa tiga hari berturut-turut

KOTA BAITULMAQDIS, 14 Julai 2020 — Rabai pelampau Yehuda Glick pagi tadi sekali lagi memimpin gerombolan pendatang Yahudi, menceroboh masuk Masjid al-Aqsa tiga hari berturut-turut.

Kali ini, seramai 45 pendatang Yahudi termasuk tujuh pegawai tentera Zionis dalam beberapa kelompok menceroboh masuk dan berarak di perkarangan tapak suci umat Islam itu.

Dalam perkembangan berkaitan, kumpulan “Pelajar Untuk Kuil” melancarkan kempen “Bukit Sulaiman Di Tangan Kita” bagi mengutip dana program Yahudisasi kota Baitulmaqdis. Mereka merancang pencerobohan besar-besaran bagi memperingati robohnya Kuil Sulaiman dari 27 hingga 30 Julai.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts