Yehuda Glick ceroboh masuk al-Aqsa, lakukan ritual perkahwinan

BAITULMAQDIS, 28 Jan 2019 — Ahli Parlimen pelampau Zionis, Yehuda Glick, bersama lebih 60 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa, pagi tadi.

Dalam kejadian tersebut, Glick turut mengadakan ritual Talmud sebagai menyambut perkahwinan beliau bersama tunangnya di atas tapak suci umat Islam itu. Ritual tersebut disiarkan secara langsung melalui telefon bimbit beliau.

Pasukan polis bersenjata turut mengiringi mereka menceroboh masuk melalui Pintu al-Maghareba, dan berarak di perkarangan tapak suci umat Islam itu sebelum beredar keluar melalui Pintu al-Silsila.

Polis Zionis menutup Pintu al-Maghareba selepas membenarkan 37 pendatang termasuk Glick, dan 34 pelajar dari institusi-institusi dan universiti keagamaan Yahudi menceroboh masuk.

Beberapa lagi gerombolan pendatang dijadualkan menceroboh masuk di waktu tengahari.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts