NABLUS, 3 Dis 2017 — Sejak batu asas bagi penempatan haram Yitzhar diletakkan di atas Gunung Salman al-Farisi di selatan Nablus dibina pada tahun 1983, rejim Zionis tidak henti meluaskan kawasan tersebut di atas tanah yang dirampas dari bandar-bandar berdekatan, termasuk Asira al-Qibliya.

Penempatan haram Yitzhar menandakan era sengsara kepada penduduk setempat, yang sejak dari itu terdedah dengan serangan-serangan pendatang Yahudi.

Penghuni Yitzhar terkenal dengan gerombolan pelampau pendatang Yahudi yang paling ganas di Tebing Barat, yang sering menyerang penduduk Palestin di bandar-bandar dan laluan-laluan berdekatan.

(Sumber: PIC)

SHARE