GAZA, 21 Jan 2018 — Ahli senior biro politik Hamas, Mahmoud al-Zahhar, menegaskan bahawa Tebing Barat telah berjaya memulihkan peranan menentang penjajahan Zionis dan mempunyai ketumbukan pejuang yang tidak pernah terbayangkan.

Dalam kenyataan medianya, beliau sangat yakin dengan kemenangan di wilayah yang terjajah itu dan berkata, “Setiap orang di Tebing Barat dan Baitulmaqdis merasai bahayanya [penjajahan], dan setiap individu, kumpulan atau keluarga boleh melakukan operasi menentang penjajah.”

Rejim Zionis sebelum ini mendakwa Hamas di Gaza sebagai dalang di sebalik serangan-serangan di Tebing Barat.

Bagaimanapun Mahmoud menegaskan bahawa “Tebing Barat tidak perlu arahan-arahan dari Gaza” dan mendakwa rejim Zionis hanya cuba mencari-cari alasan untuk menyerang wilayah Gaza.

(PIC)

SHARE