BAITULMAQDIS, 20 Mei 2018 — Rejim Zionis akan membina empat buah bangunan baharu di kawasan penempatan haram Gilo di selatan Baitulmaqdis, bagi menyediakan 180 buah rumah.

Bangunan-bangunan tersebut akan mula dibina pada tahun 2019, di mana 12 unit daripadanya telahpun berjaya dijual.

Sejak awal dekad ini, sebanyak 21,648 buah rumah penempatan haram telah dibina di kota suci umat Islam itu. Peningkatan ketara berlaku pada tahun 2016 dan 2017, terutamanya di kawasan penempatan haram Pisgat Ze’ev.

(PIC)

SHARE