Zionis akan bina 290 unit penempatan baharu di al-Quds

AL-QUDS, 6 Julai 2016 (PIP) — Rejim Zionis telah memulakan kerja merata tanah di kejiranan al-Sheikh Jarrah bagi membina jalan dan kawasan bangunan perumahan untuk menempatkan pendatang Yahudi.

Projek ini merupakan sebahagian daripada siri penempatan di atas tanah Palestin seluas 334.5 hektar yang dirampas pada tahun 1968.

Sehingga kini, terdapat sebanyak 29 penempatan Yahudi yang dibina secara haram di atas tanah Palestin seluas 11,200 hektar yang dihuni oleh 269,996 pendatang, iaitu 50% daripada jumlah keseluruhan pendatang Yahudi di dalam Wilayah Palestin 1948.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts