Zionis akan bina 4,200 unit rumah penempatan haram Ramallah

AL-QUDS, 15 Ogos 2016 (PIC) — Jawatankuasa perancangan dan pembinaan Zionis semalam meluluskan rancangan untuk membina sebanyak 4,200 unit rumah baharu di kawasan penempatan haram Modi’in di barat kota Ramallah.

Rancangan tersebut melibatkan kawasan tanah Palestin seluas 114 hektar, termasuk untuk pembinaan 1,050 buah rumah khusus untuk pengantin baharu bersama unit komersial dan industri seluas 23,000 meter persegi.

Jawatankuasa tersebut memberi tempoh selama 60 hari bagi penduduk membuat sebarang bantahan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts