Zionis akan bina lif bagi mudahkan Yahudi menceroboh al-Aqsa

AL-QUDS, 30 Nov 2016 (PIC) — Pihak perbandaran Zionis di al-Quds meluluskan rancangan untuk membina sistem eskalator yang melibatkan pembinaan dua terowong mendatar dan menegak bagi memudahkan penganut Yahudi memasuki Dataran Buraq, tidak jauh dari Pintu al-Maghareebah di dikawal oleh tentera Zionis dan menjadi laluan Yahudi menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu.

Keputusan tersebut di buat Isnin lalu setelah melalui proses perancangan selama 10 bulan. Pembinaan dijangka bermula dalam masa terdekat.

Terowong menegak sedalam 25 meter akan digali berdekatan Sinagog Tembok Ratapan di penjuru kejiranan al-Sharaf, untuk dijadikan laluan lif. Manakala satu lagi terowong mendatar sepanjang 60 mater akan digali bagi membina jambatan yang akan membawa Yahudi ke Dataran Buraq.

Projek ini dijangka menelan belanja US$9juta dan digelar sebagai “Baruch” sebagai penghormatan kepada ahli perniagaan Yahudi Baruch Klein yang menyumbang dana untuk menggerakkan projek tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts