Zionis akan bina penempatan baharu di Kota Lama al-Quds

AL-QUDS, 11 Jun 2016 (PIC) — Jawatankuasa perancangan dan pembinaan Zionis telah meluluskan dua projek pembinaan penempatan haram di al-Quds walaupun mendapat tentangan Amerika dan masyarakat antarabangsa.

Salah satu daripada projek tersebut melibatkan pembinaan sebanyak 82 buah rumah di penempatan haram Ramat Shlomo. Manakala satu projek lagi adalah di penempatan Gilo di selatan al-Quds, di mana sebanyak 150 unit rumah akan dibina.

Menurut kenyataan jawatankuasa tersebut, kelulusan dibuat kerana wilayah al-Quds tidak mempunyai tanah yang cukup untuk pembangunan. Oleh itu mereka akan meluluskan sebarang pembinaan di Kota Lama.

Di samping itu, jawatankuasa itu mendesak Kementerian Kewangan Zionis memulakan projek pembinaan yang tergendala di penempatan haram Givat Hmreis di kawasan Beit Safafa, melibatkan pembinaan 2,600 unit rumah.

Dalam perkembangan berkaitan, dua bangunan baharu turut dibina di Novi Adumim dalam kawasan penemapatan haram Ma’aleh Adumim, masing-masing mengadungi enam dan lapan buah rumah.

Sebanyak 35 unit rumah baharu turut dibina di penempatan haram Pisgat Ze’ev.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts