Zionis akan bina penempatan haram baharu di kota suci al-Quds

AL-QUDS, 26 Okt 2017 — Rejim Zionis merancang untuk membina sebuah kompleks penempatan baharu Yahudi berdekatan kawasan perindustrian Atarot di sekatan Qalandiya, utara kota al-Quds.

Kenyataan media Zionis hari ini menyebut bahawa pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu sedang mendapatkan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kementerian Kewangan untuk mendapat peruntukan US$230 juta bagi membina penempatan yang mengadungi 10,000 buah rumah itu.

Penempatan tersebut dianggap sangat strategik oleh pihak rejim kerana terletak di tengah-tengah kawasan tempat tinggal ratusan ribu penduduk Palestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts