AL-QUDS, 2 Nov 2017 — Datuk Bandar Zionis di al-Quds, Nir Barkat, hari ini mengumumkan rancangan untuk membina sebuah pusat penempatan haram baharu di atas kawasan kejiranan di antara kompleks kerajaan Beit HaKerem dan Universiti Hebrew di kota al-Quds.

Pusat tersebut bakal mengadungi perkampungan berteknologi tinggi, dengan bangunan kediaman dan hiburan serta rekreasi di bina di tengah-tengahnya, di atas Lebuhraya Begin. Sebuah taman seluas 70 hektar akan dibina mengelilingi pusat hiburan, laluan berjalan kaki, taman hijau dan kafe.

Sebanyak 1,830 buah rumah akan dibina, termasuk 50% rumah bersaiz sederhana untuk keluarga-keluarga muda Yahdui. Penduduknya akan menikmati kemudahan canggih, serta kolam renang, padang sukan, dewan keramaian, pusat jagaan dan kemudahan-kemudahan lain.

SHARE