Zionis akan bina semula 4 kawasan penempatan haram yang dikosongkan

AL-QUDS, 22 Okt 2017 — Jawatankuasa Menteri bagi perundangan di parlimen Zionis akan meluluskan rancangan untuk membina semula empat buah kawasan penempatan haram yang dikosongkan di utara Tebing Barat di bawah rancangan pengunduruan yang turut melibatkan wilayah Gaza pada tahun 2005.

Pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu telah membenarkan kelulusan undang-undang yang akan membina semula penempatan tersebut.

Menurut jawatankuasa tersebut, keselamatan di empat kawasan terbabit iaitu Ganim, Kadim, Homesh dan Sanur tidak lagi menjadi ancaman.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts