Zionis akui bina terowong bawah tanah dari al-Aqsa ke Silwan

AL-QUDS, 23 Ogos 2016 (PIC) — Pihak berkuasa antikuiti Zionis mendedahkan bahawa mereka telah membina sebuah terowong bawah tanah sepanjang 580 meter dari hujung barat daya Masjid al-Aqsa hingga ke daerah Ein Silwan.

Laporan terkini yang diterbitkan oleh mereka menyebut projek yang bermula dari bulan Julai 2013 sehingga akhir 2014 itu didanai oleh pertubuhan pelampau pendatang Yahudi Ir David Foundation, yang juga dikenali sebagai Elad.

Dalam laporan yang dikeluarkan antara tahun 2008 dan 2015, Yayasan Wakaf dan Warisan al-Quds mendedahkan tentang penggalian terowong rahsia di beberapa lokasi bawah tanah, merentasi dari kawasan tengah daerah Silwan hingga ke pintu al-Maghariba di Masjid al-Aqsa. Yayasan ini kini ditutup dan diharamkan oleh rejim Zionis.

 

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts