Zionis batalkan hukuman halang pelampau Yahudi mencerobohi Al-Aqsa

AL-QUDS, 30 Dis 2015 (PIC) — Rejim penjajah Zionis membatalkan hukuman menghalang pendatang Yahudi fanatik, Yehuda Etzion, menceroboh masuk ke kawaan Masjid al-Aqsa yang dikenakan sejak 30 tahun lalu.

Sungguhpun pengganas Yahudi itu secara terang-terangan mempunyai sejarah hitam dan bahkan cuba mengebom masjid suci umat Islam itu pada tahun 1980-an, beliau kini dibenarkan masuk menceroboh masjid. Bahkan beliau dibenar melakukan upacara mengangkat tangan, iaitu salah satu bentuk ritual Yahudi, ketika berada di perkarangan Masjid al-Aqsa.

Keputusan Mahkamah Majistret Al-Quds itu merupakan satu bantuk peningkatan baharu dalam serangan pelampau Yahudi ke atas Masjid al-Aqsa. Ia sekaligus melanggar undang-undang yang telah dipersetujui sendiri oleh rejim Zionis bersama kerajaan Jordan yang bertanggungjawab ke atas tapak wakaf umat Islam itu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts