Zionis Bina Penempatan Untuk 6,000 Yahudi Ukraine

TEL AVIV, 16 Nov 2014 (WorldBulletin) — Rejim Zionis secara rahsia membina kem-kem pelarian bagi menempatkan 6,000 orang Yahudi yang menjadi mangsa konflik di Ukraine.

Menurut laporan media Zionis, Maariv, projek tersebut diselia sendiri oleh Menteri Ekonomi, Naftali Bennett. Bagaimanapun lokasi kem tersebut tidak dinyatakan. Maariv turut melaporkan bahawa pihak berkuasa Zionis akan membiayai kos penempatan sementara mereka sebelum dipindahkan ke negeri haram itu.

Sementara itu sebuah lagi media Zionis, The Jerusalem Post, melaporkan rejim Zionis menyediakan dana yang banyak bagi membekalkan keperluan makanan, pakaian dan penginapan untuk Yahudi di Ukraine.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts