Zionis buang pengesan logam di al-Aqsa, pasang kamera pintar

AL-QUDS, 25 Julai 2017 –Rejim Zionis awal pagi tadi membuang semua pintu elektronik pengesan logam di pintu-pintu masuk Masjid al-Aqsa dan memasang kamera pintar bagi menggantikan alat-alat tersebut.

Pokok-pokok dan batu-batu bersejarah di tapak suci umat Islam itu dibuang bagi membina galang besi untuk memasang kamera.

Kamera berteknologi canggih itu dilaporkan mampu mengesan objek yang tersembunyi, sehingga ramai yang khuatir ia merbahaya kepada kesihatan. Polis Zionis bagaimanapun akan meneruskan pemeriksaan ke atas para jemaah secara manual.

Para jemaah membantah langkah tersebut dan tetap berjaga di luar pintu-pintu masuk al-Aqsa. (PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts