BAITULMAQDIS, 8 Jan 2018 — Pihak perbandaran Zionis meroboh tembok dan membuat penggalian di kawasan tanah perkuburan Yusufiya bersebelahan Pintu al-Asbat di Kota Lama Baitulmaqdis.

Menurut laporan Ketua Jabatan Warisan dan Manuskrip al-Aqsa, mereka telah memulakan penggalian yang dalam dengan menggunakan buldozer sejak beberapa hari lalu.

Penggalian kini mencecah sehingga ke tapak-tapak sejarah Islam, di mana mereka turut membuang tangga bersejarah di tapak perkuburan tersebut.

Pihak Zionis turut melarang penduduk Palestin yang menuju ke kawasan utara Kota Lama melalui Pintu al-Asbat.

(PIC)

SHARE