BEIT LAHM, 2 Mei 2016 (Maan) — Rejim Zionis membuka semula pintu laluan Dahiyat al-Barid di Tembok Pemisah al-Quds di utara perkampungan al-Ram buat pertama kali sejak tujuh tahun lalu.

Sekitar 100,000 penduduk Palestin yang memegang kad pengenalan al-Quds yang dikeluarkan oleh rejim Zionis kini boleh melintas ke al-Ram dan kawasan Kafr Aqab dari jam 3:00 hingga 5:00 petang.

Pintu laluan Dahiyat al-Barid ditutup sejak tahun 2009, sekaligus memisahkan penduduk Dahiyat al-Barid dan al-Ram dari seluruh kawasan lain di al-Quds terjajah.

Pembinaan Tembok Pemisah di sekitar al-Quds Timur bertujuan untuk memecahkan dan memisahkan masyarakat Palestin al-Quds dan mengancam status sebagai penduduk al-Quds bagi mereka yang terpisah di sebalik tembok.

SHARE