Zionis Ceroboh Masuk Timur Al-Qarara

incursionKHAN YOUNIS, 11 Sept 2014 (Alray) — Beberapa buah jentolak tentera Zionis menceroboh masuk ke dalam wilayah timur bandar Al-Qarara di utara Khan Younis awal pagi tadi.

Tujuh buah jentolak dilaporkan bergerak dari kawasan tentera Kissufim dan kemudian menembak bom asap bagi menutup operasi mereka bergerak keluar dari kawasan tersebut.

Jentera berat itu mejalankan kerja-kerja meratakan tanah di kawasan sekitar 150 meter ke dalam wilayah Gaza berdekatan Kissufim. Sementara kumpulan tentera Zionis yang lain dilaporkan membuat operasi penyelenggaraan di sekitar sempadan berdekatan kawasan tersebut.

Pencerobohan ini merupakan insiden kedua dalam tempoh 10 hari. Terdahulu, tujuh buah jentolak tentera Zionis juga menceroboh masuk sehingga 150 meter ke dalam wilayah Gaza di Khan Younis.

Tindakan tentera Zionis ini merupakan sebahagian daripada insiden pencabulan persetujuan gencatan senjata secara terang-terangan sejak 16 Ogos lalu. Tentera laut Zionis turut menghalang nelayan Gaza daripada turun mencari rezeki sehingga enam batu nautikal sepertimana yang dipersetujui dalam gencatan senjata.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts