Zionis culik 5 remaja Gaza

Pusat hak asasi manusia Al Mezan melaporkan bahawa tentera rahsia rejim Zionis menculik 5 remaja Palestin ketika memasuki bandar Bait Lahia di utara Gaza pada hari Ahad, 6 September lalu.

Menurut hasil siasatan Al Mezan, tentera pengganas Israel telah menyeludup masuk ke Beit Lahia setelah menyeberangi kawasan bekas penempatan Nizanit. Mereka memasuki kawasan utara perkampungan puak Badwi di Um Al Nasser dan seterusnya meledakkan bahan letupan.
 
Selepas itu, tentera tersebut menculik 5 orang remaja Palestin yang sedang mengembala biri-biri di kawasan berkenaan. Penculikan itu berlaku hanya beberapa minit sebelum masuknya waktu berbuka puasa.

Remaja-remaja tersebut dikenali sebagai Mohammed Arafat Abu Khusa, 17 tahun, Ibrahim Shehda Abu Jarad, 16 tahun, Sameh Abdul Qader Abu Hashish, 15 tahun, Freeh Qasem Abu Hashish, 13 tahun, dan ‘A’ed Hazaa’ Abu Hashish, 16 tahun. Al Mezan turut menjelaskan bahawa pasukan tentera Israel menggunakan bantuan helikopter untuk melindungi tentera rahsia tersebut dengan melepaskan tembakan ke kawasan  utara dan timur sempadan perkampungan Badwi tersebut.

Semua remaja yang ditangkap dibawa ke tempat yang tidak diketahui.

Al Mezan mengutuk kejadian penculikan remaja tersebut dan serangan berterusan Israel ke atas penduduk awam Palestin di Gaza. Tindakan rejim Zionis mengenakan sekatan berterusan dan perlanggaran hak asasi manusia yang semakin meningkat di Gaza juga turut mendapat kecaman hebat.

Al Mizan turut menyelar sikap berdiam diri masyarakat antarabangsa yang jelas memberi galakan kepada Israel untuk meneruskan keganasan dan melanggar undang-undang antarabangsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts