Zionis culik pengarah jawatankuasa penyelengaraan dan 3 pekerja al-Aqsa

AL-QUDS, 3 Ogos 2016 (IMEMC) — Tentera penjajah Zionis menculik pengarah jawatankuasa penyelengaraan Jabatan Wakaf dan Hal Ehwal Islam, Bassam al-Hallaq, dan tiga pekerja di Masjid al-Aqsa pagi semalam.

Tiga pekerja itu diculik ketika sedang menjalankan kerja membaik-pulih di Kubah as-Shakra’ di perkarangan tapak suci umat Islam itu.

Tentera turut mengarah semua kerja dihentikan, namun Bassam dan pekerjanya enggan patuh sambil menegaskan bahawa kerja-kerja terbabit adalah di bawah bidang kuasa mutlak Jabatan Wakaf.

Dalam pada itu, pasukan tentera Zionis menyerang dan menghalang para jemaah bagi memberi laluan kepada puluhan pendatang Yahudi menceroboh masuk dan melakukan ritual agama mereka di perkarangan Masjid al-Aqsa.

Beberapa pertubuhan pelampau Yahudi akan mengadakan pencerobohan secara besar-besaran ke Masjid al-Aqsa mulai esok, kononnya bagi memperingati ulang tahun perobohan kuil mereka di situ.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts