Zionis curi gas milik Palestin, jual kepada Mesir

BEIT LAHM, 20 Feb 2018 — Syarikat Zionis menandatangani perjanjian bernilai $US15 bilion bagi membekal gas yang dicuri dari perairan Gaza kepada Mesir.

Syarikat Zionis Delek Drilling bersama Noble Energy dari Amerika dan Dolphinus Holdings dari Mesir akan membekalkan 64 bilion meter persegi gas asli kepada Mesir selama 10 tahun.

Bekalan gas akan disalir dari pelantar Tamar dan Leviathan yang beroperasi di Laut Mediterranean di luar pantai Gaza mulai tahun hadapan.

Pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu dalam kenyataan beliau menyebut bahawa hasil daripada gas tersebut akan diguna bagi mengukuh keselamatan, ekonomi dan hubungan dengan dunia Arab.

Rejim Zionis sebelum ini menghalang Pihak Berkuasa Palestin (PA) menggali telaga gas di perairan Gaza.

Para pemerhati bagaimanapun melihat perjanjian tersebut sekadar suatu yang simbolik bagi mengeratkan lagi hubungan Zionis-Mesir, kerana belum ada perancangan mekanisma untuk mengeksport gas ke Mesir.

(PNN, IMEMC, DoP)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts