Zionis desak pemuda Palestin dikenakan 10 kali penjara seumur hidup

AL-KHALIL, 12 Apr 2016 (PIP) — Mahkamah tentera Zionis di penjara Ofer semalam bersidang untuk mengadili tahanan Muhammad Abdul Fatah Harub, 36, yang berasal dari Deir Samir di barat Dura, al-Khalil.

Dalam suasana persidangan yang tegang, pihak pendakwa mendesak hakim supaya menjatuhkan hukuman 10 kali penjara seumur hidup ke atas Muhammad.

Muhammad yang tersenyum dan enggan berdiri di hadapan hakim berkata, “Saya tidak iktiraf pengadilan yang zalim ini. Saya pasti akan bebas dalam pertukaran (tawanan) yang akan datang.” Tindakan beliau membuatkan hakim marah dan memerintah beliau dikeluarkan dari kamar persidangan.

Muhammad di tangkap atas tuduhan melakukan serangan menembak kenderaan pendatang Yahudi di persimpangan Gush Etzion pada 19 November lalu, sehingga membunuh tiga orang Yahudi dan mencederakan lapan yang lain.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts