Zionis Guna Bom Pencetus Kanser

GAZA, 14 Julai 2014 (Alresalah) — Seorang doktor perubatan dari Norway yang bertugas di Gaza mengkritik keras tindakan tentera Zionis menggunakan bom pencetus kanser ke atas penduduk awam.

erikDr Erik Fosse mendakwa kebanyakan pesakit yang dimasukkan ke hospital di Gaza adalah penduduk awam yang tercedera akibat ledakan bom ke atas rumah mereka atau kawasan berdekatan, di mana 30 peratus daripada mangsa tersebut adalah kanak-kanak.

Dr Erik yang merupakan seorang ketua jabatan di sebuah hospital universiti di Oslo juga berkata bahawa sebahagian daripada pesakit didapati mengalami kecederaan yang luarbiasa yang disebabkan oleh sejenis senjata baharu, sehinggakan para doktor pakar yang sangat berpengalaman berkhidmat dalam zon peperangan tidak dapat mengenali jenis senjata tersebut.

Ada dakwaan bahawa tentera Zionis menggunakan senjata berunsur Dense Inert Metal Explosive (DIME) iaitu sejenis bahan letupan yang membawa kesan biologi ke atas mangsa yang terkena serpihan-serpihan kecil bom tersebut.

Zionis juga pernah menggunakan bom berunsur uranium dan fosforus putih dalam serangan-serangan terdahulu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts