Zionis halang keluarga lawati tahanan yang cedera di hospital

NABLUS, 14 Jun 2016 PIC) — Rejim penjajah Zionis menghalang keluarga tahanan Hassan al-Khadi, 26, yang sedang dirawat di sebuah hospital Zionis melawat beliau.

Ahli keluarga Hassan dibiarkan menunggu selama beberapa jam di koridor hospital dan tidak dibenarkan masuk. Beliau dirawat kerana kecederaan ditembak di sekatan Qourata di Nablus Jumaat lalu.

Beliau juga disahkan mengalami gangguan psikologi akibat dipukul teruk oleh sekumpulan pendatang Yahudi di selatan Nablus dan penderaan ketika berada dalam penjara.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts