Zionis halang tahanan Palestin di penjara Nafha menunaikan solat Jumaat

RAMALLAH, 14 Apr 2016 (Maan) — Pihak penjara Nafha petang lagi mengumumkan bahawa semua tahanan Palestin di seksyen 14 penjara tersebut tidak akan dibenar menunaikan solat Jumaat, dan memberi ugutan untuk menyerang setiap bilik tahanan sekiranya arahan mereka dicabul.

Tindakan tersebut dibuat selepas puluhan tananan dalam tahanan di seksyen 14 penjara tersebut tercedra diserang polis Zionis semalam setelah mereka mengadakan protes.

Dalam perkembangan berkaitan, tahanan Palestin di penjara Ramon dan Ketziot mengumukan mereka akan mengambil langkah solidariti dengan tahanan di penjara Nafha.

Rejim Zionis secara rutin menghukum tahanan yang melakukan protes. Ramai tahanan berhadapan dengan penderaan, dinafikan lawatan oleh ahli keluarga dan tidak diberi rawatan perubatan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts