Zionis hanya akan serahkan jenazah jika dikebumi di kawasan luar tembok pemisah

AL-QUDS, 3 Jan 2016 (Maan) — Rejim penjajah Zionis hari ini mengumumkan bahawa jenazah empat penduduk Palestin dari al-Quds akan diserahkan kepada keluarga mereka dengan syarat pengkebumian dilakukan di kawasan luar tembok yang memisahkan wilayah al-Quds Timur yang terjajah.

Menurut seorang peguam pertubuhan hak asasi tahanan Addameer, Muhammad Mahmoud Mahmoud, rejim Zionis mendesak supaya jenazah dikebumikan di kawasan kejiranan Kafr Aqab dan Anata, iaitu sebahagian daripada kawasan al-Quds yang dipisahkan dari kawasan kejiranan lain dengan pembinaan tembok pemisah.

Setiap keluarga mereka perlu membayar cagaran sebanyak 5,000 shekel (RM5,500) bagi memastikan mereka patuh kepada syarat yang dikenakan.

Rejim Zionis menahan lebih 80 jenazah penduduk Palestin yang mereka bunuh sejak Oktober tahun lalu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts