TEL AVIV, 4 Sep 2015 (MEMO) — Rejim Zionis baru-baru ini memutuskan untuk menghapuskan US$24 juta hutang penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Bukit Golan yang terkumpul sejak tahun 2011. Sejumlah US$146 juta lagi hutang yang terkumpul sejak tahun 1970-an juga turut dihapuskan.

Menurut laporan akhbar Hareetz, jumlah hutang tersebut dipinjam daripada bahagian penempatan Pertubuhan Zionis Sedunia, yang dikeluarkan dalam bentuk pinjaman kepada apa yang mereka gelar sebagai “pertubuhan-pertubuhan koperasi” di Tebing Barat dan Bukit Golan sejak tahun 1970-an dan 1980-an. Pertubuhan-pertubuhan tersebut kemudiannya menyerap ke dalam penempatan-penempatan Yahudi yang ada pada hari ini.

Dengan terhapusnya hutang-hutang tersebut, semua penempatan Yahudi terbebit akan bebas daripada bebanan bajet kewangan dan secara rasminya membebaskan mereka dari sebarang halangan yang mengganggu usaha meluaskan lagi kawasan penempatan.

Oleh itu, menghapuskan hutang tersebut dilihat sebagai sokongan yang lebih besar daripada memberi sumbangan kewangan kepada penempatan Yahudi.

SHARE