Zionis haramkan laungan azan di 3 buah masjid di al-Quds

AL-QUDS, 4 Nov 2016 (Maan) — Pihak berkuasa rejim Zionis mengharamkan laungan azan menggunakan pembesar suara di masjid al-Rahman, al-Taybeh dan al-Jamia yang terletak di bandar Abu Dis, kota al-Quds.

Tentera Zionis memasuki bandar Abu Dis sebelum masuk waktu Subuh pagi tadi, kemudian menyerbu masuk tiga masjid tersebut dan memaklumkan muazin bahawa laungan azan melalui pembesar suara diharamkan, tanpa memberi sebarang alasan.

Tentera turut menyekat para jemaah yang tinggal di sebelah barat Abu Dis menuju ke masjid Salah al-Din untuk mengerjakan solat Subuh.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts