Zionis isytihar bandar Yatta sebagai kawasan larangan tentera

AL-KHALIL, 9 Jun 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis mengisytiharkan bandar Yatta di selatan al-Khalil sebagai kawasan larangan tentera sepanjang malam tadi.
Laluan masuk utama ke bandar tersebut, yang menempatkan 120,000 penduduk Palestin, ditutup. Tentera Zionis mendakwa dua penduduk bandar tersebut telah melakukan serangan menembak di Tel Aviv, yang menyebabkan empat Yahudi mati dan tujuh yang lain cedera parah.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts