Zionis Isytihar Kawasan Larangan Tentera, Tutup Sekolah Di Al-Quds


AL-QUDS, 5 Nov 2015 (MEMO) — Tentera Zionis semalam mengisytiharkan kawasan Ras Al-Jabal di kejiranan Jabal Al-Mukaber di Al-Quds Timur sebagai kawasan larangan tentera, dengan menempatkan pasukan askar penembak tepat di atas bumbung-bumbung bangunan dan di kawasan penempatan Yahudi, serta menutup kedai dan sekolah dan mengenakan perintah berkurung.

Tindakan tersebut dibuat untuk mengawal keselamatan seorang pegawai kanan rejim Zionis yang melawat kawasan tersebut.

Sementara itu sekolah-sekolah di kawasan kejiranan Ras Al-Amood di Silwan, di selatan Masjid Al-Aqsa, telah ditutup sejak tiga hari lalu.

Keadaan ini menyebabkan penduduk tidak dapat keluar bekerja atau berniaga dan mencetus semula pertempuran di antara pelajar sekolah dan tentera Zionis yang berjaga di sekatan-sekatan yang baharu dibina di sekitar kawasan tersebut.

Tiga minggu lalu Zionis membina tiga pos tentera di kawasan Ras Al-Amood, ditempatkan di jalan-jalan masuk ke 12 buah sekolah dan empat taman asuhan. Sekitar 5,000 pelajar tidak dapat ke sekolah.

Selasa lalu tentera cuba menyerang beberapa buah sekolah di kawasan tersebut tetapi dapat di sekat oleh pasukan pentadbir sekolah. Tentera Zionis bagaimanapun menangkap salah seorang guru besar untuk disoal-siasat.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts