Zionis isytihar tanah penduduk Palestin sebagai “tanah negara”

BETHLEHEM, 11 Dis 2015 (Maan) — Rejim Zionis buat pertama kali sejak tahun 2014 mengisytiharkan tanah milik peribadi penduduk Palestin di wilayah Tebing Barat yang terjajah sebagai “tanah negara.”

Pertubuhan Peace Now dalam laporan mereka semalam menyebut bahawa pengisytiharan tersebut melibatkan seluas 30 dunam (7.4 ekar) tanah milik penduduk Palestin di perkampungan Jinsafut dan Dir Istya.

Penempatan haram Yahudi telahpun dibina di atas tanah tersebut.

Kali terakhir rejim Zionis mengisytiharkan “tanah negara” adalah pada bulan Ogos 2014, di mana seluas 4,000 dunam (990 ekar) tanah Palestin di barat Bethlehem dikhususkan untuk tujuan meluaskan lagi kawasan blok penempatan haram Gush Etzion.

Perluasan kawasan penempatan khusus untuk pendatang Yahudi di seluruh Tebing Barat dan Al-Quds Timur menjadikan negara Palestin sebagai sebuah wilayah yang kawasan pemerintahannya terpisah-pisah dan tidak dapat berhubung bebas di antara satu sama lain.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts