Zionis kenakan hukuman kolektif ke atas bandar Yatta

AL-QUDS, 10 Jun 2016 (PIC) — Kabinet Zionis petang semalam mengenakan sekatan sepenuhnya ke atas bandar Yatta di selatan al-Khalil serta menghalang pergerakan penduduk Palestin termasuk menggantung permit khas Ramadan, berikutan insiden serangan di Tel Aviv yang mengorbankan empat orang Yahudi.

Mereka turut mengerahkan ribuan orang askar tambahan ke Tebing Barat.

Tentera Zionis juga membekukan permit kerja kepada 205 orang saudara kepada suspek penyerang, serta menghalang penduduk Palestin keluar atau masuk bandar Yatta.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts