Zionis Lancar 67 Serangan Sebelum Gencatan 12-Jam Berkuat-kuasa

ceasefireGAZA, 26 Jul 2014 (Maan | IMEMC) — Gencatan senjata selama 12 jam telah dipersetujui setelah rejim Zionis menolak satu cadangan Setiuasaha Negara Amrika, John Kerry bagi mengadakan tempoh berdamai yang lebih lama. Tempoh tersebut bermula pada pukul 7:00 pagi Sabtu bagi memberi laluan kepada bantuan kemanusiaan.

Sebelum tempoh itu berkuat-kuasa, tentera Zionis tetap melancarkan sekurang-kurangnya 67 serangan ke arah Gaza, menyebabkan sekurang-kurangnya 16 orang penduduk terkorban.

Serangan terkini itu menjadikan angka korban keseluruhan seramai 881 orang. Lebih 5,840 orang lagi tercedera. Manakala seramai 35 askar Zionis telah disahkan mati.

Kerajaan Netanyahu dikatakan mengenakan syarat supaya tenteranya terus berada di dalam wilayah Gaza dalam tempoh gencatan senjata. Mereka juga menolak cadangan gencatan segera yang disusuli dengan rundingan lanjut.

Manakala Hamas tetap dengan pendirian bahawa sebarang persetujuan gencatan senjata mestilah melibatkan penamatan sekatan yang dikenakan ke atas Gaza sejak tahun 2007. Sekatan tersebut menghalang semua aktiviti perdagangan luar dan juga kemasukan keperluan asas penduduk Gaza. Tindakan ini dilihat sebagai senjata yang digunakan oleh rejim Zionis bagi membunuh penduduk Gaza secara perlahan-lahan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts