Zionis Lancar Kempen Tangkap Penduduk dan Runtuh Bangunan Di Tebing Barat

AL-KHALIL, 6 Ogos 2014 (PIC) — Tentera Zionis meningkatkan kempen menangkap penduduk dan meruntuhkan bangunan awam serta rumah di Tebing Barat sejak kebelakangan ini.

Dalam satu insiden di Al-Khalil, tentera Zionis menangkap empat penduduk awam dan menggeledah beberapa buah rumah penduduk Palestin. Mereka menceroboh masuk al-Khalil dan menangkap bekas tahanan, Ibrahim Fadl Jabeur, Taleb Ahmed al-Jamal, Abdullah Ahmad Suleiman Abu Isneina dan Hashem Teim al-Rajoub.

Tentera Zionis turut memasuki perkampungan Idna dan Yatta, dan membina beberapa sekatan tentera di jalan-jalan utama di al-Khalil.

Sementara itu di bandar Bartaa di timur Jenin, sekumpulan jip tentera yang lengkap bersenjata mengawal sebuah jentolak tentera Zionis telah meroboh dua buah bengkel milik penduduk Palestin atas alasan pembinaan tanpa permit. Ramai penduduk Palestin dipukul oleh tentera Zionis dalam pertempuran membantah tindakan tersebut.

Tentera Zionis telah menyasarkan bangunan dan bengkel milik penduduk Palestin di kawasan tersebut sejak awal tahun 2014.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts