Zionis Langgar Gencatan Senjata, Serang Ambulan

ambulanGAZA, 26 Jul 2014 (PIC | BBC) — Tentera Zionis melanggar persetujuan gencatan senjata awal pagi tadi apabila mereka menembak penduduk awam dan kenderaan ambulan yang cuba memasuki bandar Khuza’a di Khan Younis.

Apabila persetujuan gencatan senjata selama 12 jam berkuatkuasa pada jam 8:00 pagi, penduduk Gaza dan perhidmatan ambulan cuba memasuki kawasan yang diserang secara besar-besaran oleh Zionis itu bagi mencari dan menyelamatkan mangsa, tetapi mereka diserang dan terpaksa berundur.

Dalam pada itu rejim Zionis masih meneruskan operasi ketenteraan di dalam wilayah Gaza sungguhpun gencatan senjata telah dipersetujui.

Harakat al-Muqāwamah al-ʾIslāmiyya (Hamas) antara lain meletakkan syarat supaya semua tentera Zionis keluar dari wilayah Gaza dan sekatan ke atas penduduknya dihentikan sepenuhnya dalam sebarang usul untuk gencatan senjata bagi tempoh yang lebih lama.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts