Zionis lanjutkan tahanan pentadbiran ke atas Dr Amjed al-Hamrouni

AL-KHALIL, 5 Sep 2016 (PIC) — Rejim Zionis semalam melanjutkan tempoh tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan selama tiga bulan buat kali ketiga berturut-turut ke atas Dr Amjed al-Hamroui.

Lanjutan tersebut dibuat hanya beberapa jam sebelum beliau sepatutnya dibebaskan.

Dr Amjed ditangkap sebanyak lebih lima kali, kali terakhir pada bulan Februari 2016. Beliau pernah merengkok dalam penjara Zionis selama hampir lapan tahun.

Seramai 584 penduduk Palestin termasuk enam orang kanak-kanak masih ditahan di bawah tahanan pentadbiran dalam penjara Zionis.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts