Zionis lanjutkan tahanan pentadbiran ke atas Halayka

AL-KHALIL, 10 Julai 2016 (PIC) — Rejim penjajah Zionis semalam melanjutkan tempoh tahanan pentadbiran tanpa sebarang perbicaraan ke atas pemuda Qassam Moussa Halayka, 22, selama enam bulan lagi.

Beliau dikenakan tahanan pentadbiran sejak 11 bulan lalu, di mana pihak rejim kini melanjutkan tempoh tahanan ke atas beliau buat kali ketiga berturut-turut.

Qassam adalah anak kepada tahanan Moussa Halayka, yang kini merengkok dalam penjara sejak 11 tahun lalu. Ayahnya telah dijatuhkan hukum penjara selama 22 tahun. Manakala abangnya Majd juga dikenakan tahanan pentadbiran selama 11 bulan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts