Zionis lanjutkan tempoh dua tahanan pentadbiran

AL-KHALIL, 8 Jun 2016 (PIC) — Mahkamah Zionis melanjutkan tempoh tahanan pentadbiran tanpa sebarang pendakwaan ke atas dua penduduk Palestin, Thaer Halahleh dan Tamer al-Qawasmeh.

Sebuah mahkamah tentera menolak rayuan yang dibuat oleh Thaer Halahleh, dan melanjutkan tahanan ke atas beliau selama empat bulan lagi. Ini merupakan lanjutan tahanan kali keempat ke atas beliau sejak ditahan pada 8 Ogos 2014.

Thaer, bapa kepada dua orang anak, pernah beberapa kali dipenjara dengan jumlah tempoh tahanan keseluruhan selama 12 tahun. Pada tahun 2012, beliau melancarkan mogok lapar bagi membantah tahanan pentadbiran tanpa sebarang pendakwaan ke atasnya.

Manakala mahkamah tentera di penjara Ofer turut melanjutkan tempoh tahanan pentadbiran ke atas Tamer al-Qawasmeh selama tiga bulan lagi. Beliau ditahan sejak 8 Jun 2014.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts